Kisah-kisah Haiwan







Kenapa Harimau Berdendam Dengan Kucing

Pada suatu masa dahulu, harimau bersahabat baik dengan kucing. Mereka tinggal di dalam sebuah hutan. Kucing tidur di atas pokok dan harimau tidur di bawah pokok. Apabila mencari makanan, mereka tetap bersama-sama.

Suatu hari, harimau mengajak kucing mencari makanan di tepi hutan. Di situ banyak pokok Arad an buahnya yang lebat.

“Manis sungguh buah ara ini,” kata kucing. “untunglah tak ada binatang lain yang tahu.” Harimau hanya memandang kucing sambil memungut buah ara.

Sedang Kucing mengutip buah ara itu. Tiba-tiba dating serigala lalu mengejarnya. “Tolong, tolong, tolong,” jerit Kucing ketakutan.

Serigala telah mengejar kucing yang ketakutan itu. Tetapi Kucing berjaya memanjat sebatang pokok. Serigala tidak dapat memanjat pokok itu. Ia hanya memandang Kucing yang berada di atas pokok itu.

Tiba-tiba Harimau dating ke tempat itu. Harimau melihat Serigala di bawah pokok hendak menangkap Kucing. Harimau terus menghalau Serigala dari situ.

“Oh, terima kasih, Harimau,” kata Kucing. “Kalau tak ada kamu tadi. Tentulah Serigala itu akan memakan aku.”

Harimau sangat gembira Kucing selamat. Tetapi, ia mahu Kucing mengajarnya memanjat. “Tolonglah ajarkan aku memanjat pokok,” rayu Harimau. “Manalah tahu kalau singa pula mengganggu aku.”

Kucing sedar Harimau dan Singa tidak memanjat pokok. Namun Kucing bimbang hendak mengajar Harimau memanjat. “Ah, manalah tahu, suatu hari Harimau akan menjadi musuhku.”

“Tolonglah ajarkan aku memanjat,” Harimau merayu lagi. “Baiklah, aku sedia mengajar kau,” kata Kucing pula. “Tapi, marilah kita pergi ke hutan sana.”

Di situ ada sebatang pokok yang sangat tinggi. Kucing mendongak memandang pokok itu. “Aku mesti tipu Harimau. Kalau tidak, tentu ia akan membahamku, jika aku menjadi musuhnya,” bisik Kucing pula.

“Marilah aku ajarkan kau, sahabatku,” kata Kucing memandang kea rah Harimau.

“Cepatlah ajarkan aku memanjat,” gesa Harimau pula, tidak sabar-sabar lagi. “Mengapa kamu masih memandang pokok kayu itu lagi...!”

“Pokok itu sangat tinggi sahabat,” kata Harimau. “Sabarlah, aku akan ajarkan kau. Asalkan kau dapat memanjat seperti aku...!” kata Kucing.

Maka Kucing pun membawa Harimau berlari ke sana dank e sini. Setelah berpusing dua kali, Kucing pun segera memanjat pokok yang tinggi itu.

Harimau ikut memanjat pokok itu. Setelah Harimau berada di atas pokok itu. Maka Kucing pun terjunlah ke tanah. Oleh kerana tubuh Kucing kurus. Kucing tidak mengalami apa-apa kecederaan pun.

Harimau teragak-agak hendak terjun. “Cepatlah terjun, kau taka pa-apalah,” kata Kucing. Harimau tidak dapat terjun kerana badannya besar.

“Mengapa kau tak ajar aku turun,” kata Harimau. “Terjunlah, tak mengapa. Kamu akan selamat,” pujuk Kucing pula. Harimau pun terjunlah. Oleh kerana badannya besar, maka Harimau pun terjun lalu patah kakinya.

“Kamu telah menipu aku, Kucing,” marah Harimau. Kucing hanya ketawa. Kucing tahu Harimau akan marah kepadanya. Kucing pun segera melepaskan diri.

“Aku bersumpah akan memburu suku-sakat kamu,” kata Harimau lagi mengaum. “Aum, Aum, Aum...!”. sejak itulah Harimau mula berdendam dengan Kucing.


Pendidikan prasekolah merujuk kepada Akta Pendidikan 1996 ialah program pendidikan bagi
murid yang berumur dari 4 hingga 6 tahun (MOHE, 2002). Program dan kegiatannya mengikut garis panduan kurikulum prasekolah yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 22.

Tujuan pendidikan prasekolah ialah untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, dan keyakinan diri dengan keadaan semasa, boleh menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. (Kurikulum, 2010) Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan semua aktiviti dijalankan tanpa had, meningkat dan membaiki prestasi pelajar dan sumber pendidikan

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) menjadi satu fenomena yang penting dalam meningkatkan mutu pendidikan kerana ia membantu mempermudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran setiap individu yang menggunakannya.

Multimedia secara umumnya didefinisikan sebagai proses komunikasi interaktif menggunakan teknologi komputer yang menggabungkan pelbagai jenis media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampai dan menyebarkan maklumat. Ciri istimewa yang dimilikinya seperti interaktiviti, navigasi, hiperpaut menjadikan perisian multimedia mudah difahami dan digunakan.

Ciri interaktif yang dimiliki oleh multimedia membenarkan pengguna berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan didengar serta boleh menentukan hala tuju masing-masing semasa berinteraksi. Interaktif media biasanya merujuk kepada produk dan perkhidmatan yang berasaskan sistem computer digital yang memberi tindakbalas kepada aksi pengguna dengan mempersembahkan kandungan seperti teks, grafik, animasi, video, audio dan sebagainya.