Pendidikan prasekolah merujuk kepada Akta Pendidikan 1996 ialah program pendidikan bagi
murid yang berumur dari 4 hingga 6 tahun (MOHE, 2002). Program dan kegiatannya mengikut garis panduan kurikulum prasekolah yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 22.

Tujuan pendidikan prasekolah ialah untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, dan keyakinan diri dengan keadaan semasa, boleh menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. (Kurikulum, 2010) Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan semua aktiviti dijalankan tanpa had, meningkat dan membaiki prestasi pelajar dan sumber pendidikan

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) menjadi satu fenomena yang penting dalam meningkatkan mutu pendidikan kerana ia membantu mempermudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran setiap individu yang menggunakannya.

Multimedia secara umumnya didefinisikan sebagai proses komunikasi interaktif menggunakan teknologi komputer yang menggabungkan pelbagai jenis media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampai dan menyebarkan maklumat. Ciri istimewa yang dimilikinya seperti interaktiviti, navigasi, hiperpaut menjadikan perisian multimedia mudah difahami dan digunakan.

Ciri interaktif yang dimiliki oleh multimedia membenarkan pengguna berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan didengar serta boleh menentukan hala tuju masing-masing semasa berinteraksi. Interaktif media biasanya merujuk kepada produk dan perkhidmatan yang berasaskan sistem computer digital yang memberi tindakbalas kepada aksi pengguna dengan mempersembahkan kandungan seperti teks, grafik, animasi, video, audio dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment